Thursday 17 February 2011

Contest Story Mory Sob..Sob..by Pieyaris


syarat2 pnyertaan & sebarang pertanyaan bley click contest tu ok (=
sedih atau x?? u decide about my story,sad reading or happy reading..hehe
spe nk join bley click sini contest

CERITANYA BERMULA....

“Arggh...,” getus hatiku lagi.Sudah berkali-kali aku mencuba untuk menekan piano kesayanganku tetapi tetap tidak menepati bunyinya.Mengapa?
          Di manakah silapnya?
          Terdengar suara mama nyaring memanggilku.Kakiku melangkah berat menuju ke dapur.
          “Bagaimanakah persiapan untuk pertandingan itu,Dya?”soal mama.
          “Belum tahu,”uajarku ringkas.
          Aku berlalu dari situ menuju ke ruang tamu kerana malas untuk mendengar persoalan mama yang ku anggap semakin membebankan.
          Selepas menyiapkan kerja sekolah yang diberikan oleh Cikgu Haslina,aku termangu di balkoni sambil memerhatikan keindahan malam ciptaan tuhan.Bulan mengambang dan bintang-bintang bertaburan memenuhi cakerawala yang berkedipan memancarkan cahayanya.Ketika itu,kedengaran lagu kegemaranku “laskar pelangi” dendangan kumpulan Nidji berkumandang di corong radio saluran “hot FM”.Alunan muzik yang syahdu itu serba sedikit menghilangkan kebosanan dan kerisauanku.
          Ketika aku sedang asyik memerhatikan keadaan bilikku yang tenang bewarna biru,tidak semena-mena teringat akan pertandingan foto terbaik peringkat kebangsaan akan tiba minggu hadapan di Persada Johor yang terletak di Bandaraya kelahiran aku.
          Detik demi detik masa berlalu tidak kusedari.Ketika orang lain lena dibuai mimpi,aku masih bersengkang mata.Jarum jam menunjukkan pada angka tiga dan lapan iaitu 03.40 pagi.Setelah selesai mendengar lagu,aku terus menekan butang “OFF” pada ipod kesayanganku lalu menghempaskan badan di atas katil.Akhirnya aku terlena dalam perasaan yang amat puas.
          Keesokannya aku bersiar-siar di sekitar Taman perumahanku dan memikirkan adakah esok milikku?.Aku terus menghayati lagu “standing in the eyes of the world” dengan sepenuh hati dan yakin bahawa aku akan berjaya dalam pertandingan tersebut.Semangatku semakin berkobar-kobar untuk menghadapi pesaing-pesaing hebat agar tidak pulang dengan tangan kosong.
          Hari demi hari berlalu.Hari yang kudebarkan selama ini tiba jua akhirnya.Aku merasa gementar sekali.Peluh dingin mula memercik membasahi dahiku.Melihat riak wajah peserta-peserta lain,aku dapat mengagak mereka sudah cukup berpengalaman untuk mempertontonkan foto-foto terbaik kerana antara mereka ada yang bapanya jurugambar terkemuka.Mereka juga merupakan juara tahun-tahun yang lalu.
          “Aku yakin bahawa kau boleh melakukannya,Dya,” kata-kata Lisa membuatkan aku lebih menghargai nilai persahabatan yang telah kami bina sejak dua tahun lalu.
          Debaran semakin memuncak apabila kedengaran namaku dipanggil oleh juruacara menerusi corong pembesar suara yang dipasangkan di sekeliling Galeri Antarabangsa Persada Johor.
          Dengan berbekalkan doa dan kata-kata perangsang kedua-dua orang tuaku,perasaan darah gemuruhku hilang sebaik-baik sahaja memijak masuk ke galeri tersebut untuk menunjukkan slide foto-fotoku dengan beberapa bimbingan dan tunjuk ajar untuk mendapatkan foto terbaik.Akhirnya selesailah hujah-hujahku.
          Tepukan gemuruh daripada penonton disitu membuatkan aku rasa yakin untuk menang,sekurang-kurangnya mendapat tempat sagu hati.Aku amat bersyukur kerana dapat menjayakannya.
          Hampir tiga jam,tamatlah petunjukkan semua peserta.Kebanyakkan peserta hebat-hebat belaka,terutamanya dari Kuala Lumpur,Pahang dan Kedah.Sebagai anak jati negeri Johor,aku akan rasa bersalah kerana sekiranya tidak dapat merebut tempat kerana Johor telah menjadi tuan rumah pada tahun ini.Pihak juri sedang menilai hasil kerja semua peserta yang terlibat.Mama sentiasa berada disisiku memberikan keyakinan.Tetapi sebagai insan,aku mengakui kelemahanku.Aku hanya mampu berdoa.Malahaku reda denagan keputusan yang akan diumumkan sebentar lagi.
          Majlis itu tiba dikemuncaknya setelah penyampaian sijil penyertaan kepada semua peserta.Semua orang ternanti-nanti akan keputusan yang sudah ada ditangan juruacara.
          Pemenang tempat ketiga sudah diumumkan.Hanya tinggal tempat kedua dan pertama belum ada pemenangnya.Keadaan di situ bertambah riuh bagai tebuan mengelilingi madu kerana tidak sabar untuk mendengar nama pemenang tempat selanjutnya diumumkan.
          “Tempat kedua dimenangi oleh peserta dari negeri Pahang,iaitu juara pertandingan tahun lepas” juruacara mengumumkannya.Peserta itu melangkah dengan bangga naik ke pentas.Hatiku pula bagai berkecai setelah pengumuman tersebut kerana aku yakin bahawa aku tiada harapan untuk menang kerana juara tahun lepas sudah mendapat tempat kedua,apa lagi aku.Aku terasa ingin menangis tetapi kutahan sahaja kerana malu dengan kedua-dua orang tuaku serta Lisa.
          “Kini,tibalah masanya untuk mengumumkan johan pertandingan foto terbaik peringkat kebangsaan tahun 2005 dalam kategori bawah 18 tahun dimenangi oleh....”
          Paluan kompang dan gong sebanyak tiga kali membuatkan aku ingin menekap telingaku kerana terlalu hampa. ”....Nadia Khaleeda dari negeri Johor”.Serentak kedengaran tepukan gemuruh daripada penonton menghangatkan suasana.Mama lantas mengucup dahiku sambil menitiskan air mata tanda kesyukuran.Papa pula tersenyum bangga.Lisa merapatiku dan terus mendakap tubuhku dengan erat sambil membisikkan tahniah.
          Bagaikan terkejut dari lena aku seperti tidak percaya akan kata-kata yang kudengar.Aku menuju ke pentas dengan perasaan bercampur baur.Namun aku tetap merasa bangga untuk menerima hadiah daripada yang disampaikan oleh jurugambar terkenal tanah air iaitu Zulraidi Affendi Satar.Hadiah yang kuterima berupa sebuah piala,wang tunai serta tawaran melanjutkan pelajaran ke luar Negara dalam bidang senifoto yang ditanggung oleh syarikat KODAK.Itulah yang aku impikan selama ini.Segala susah payah yang aku harungi telahpun membuahkan hasil.Ramai pula wartawan datang menemu ramahku.
          Pada keesokan harinya terpampang tajuk “Dya Remaja Berbakat” pada dada akhbar.Aku tersenyum puas.Mama dan papa tumpang gembira atas kejayaanku.Walaupun minatku terhadap senifoto namun pelajaran juga penting.
          Setelah selesai menjamah sarapan ,papa menghantarku ke sekolah.Tiba di perkarangan sekolah,beberapa pasang mata tertumpu kepadaku.Rakan-rakanku pula menyerbu kearahku untuk mengucapkan tahniah.Aku sekadar tersenyum tanda terima kasih.
          “Tahniah,Dya!”Kedengaran suara yang tidak asing bagiku.Cikgu Haslina!!!Aku menoleh pantas.
          “Terima kasih cikgu,”aku menjawab ringkas.
          Aku memohon masuk ke kelas,termaktublah kata-kata dalam sanubariku.Hari ini adalah milikku.Namun,adakah esok masih milikku?Persoalan ini sentiasa berlegar-legar di kotak fikiranku.
          Hari demi hari berlalu tibalah hari terakhirku di Sekolah Menengah Kebangsaan Pasir Gudang.Aku telahpun menamatkan persekolahan di situ.Terasa berat untuk melangkah ke alam universiti.
          Beberapa bulan berlalu aku menjejakkan kaki di lapangan terbang Senai.Kelihatan suram riak muka mama,papa dan rakan seperjuanganku Lisa.Kami terpaksa berpisah untuk mencapai cita-cita walaupun hati terasa berat untuk meninggalkan orang yang tersayang.
Tiba sahaja aku di Jepun,aku mula merasakan perbezaan budaya dan adat resam dengan tempat kelahiranku.Aku ditempatkan di asrama khas pelajar Malaysia ke Jepun.Aku mengemas barang keperluan dibilik asrama tersebut sambil mendengar lagu yang dimainkan dalam ipodku.Aku terus meraba poket seluarku untuk mengambil PDA.Jari jemariku menyentuh skrin PDA untuk menelefon mamaku.
          “Mama,Dya sudah selamat sampai di sini,”ujarku dengan perasaan gembira.
          “Syukurlah anak mama selamat,semalaman mama tunggu panggilan dari kamu dan menjadi risau jika ada apa-apa berlaku” mama menjawab.
          Setelah bergayut sehingga beberapa minit,aku menghentikan perbualan dengan mama.Hari menjelang senja,aku masih berlegar-legar di sekitar asrama untuk menyesuaikan diri di tempat orang.Sedang aku berjalan-jalan mengambil angin disekitar kawasan ini aku ternampak sebatang pokok yang cantik lalu memetik beberapa foto dari sudut yang berbeza.Aku leka membelek-belek foto tersebut,ada pula yang menyapa dari belakang.Bagai nak gugur jantung aku dibuatnya.
          “hai...” suatu suara yang tidak kukenali datang kearahku.
          Aku menoleh kebelakang melihat seorang budak lelaki yang menghulurkan tangan menandakan dia warganegara Malaysia yang mengetahui adat melayu untuk bersalaman.
          “hai,saya Dya.Awak pula siapa?”aku membalasnya.
          “Saya Farezhan Ahmad,tapi lebih mesra dipanggil Han.Saya pelajar yang mengambil bidang senifoto di universiti ini.Saya telah menetap disini sejak tiga tahun yang lalu.Pada mulanya,saya menetap di Malaysia tetapi papa saya telah ditugaskan bekerja disini.Tiap-tiap petang saya selalu menghabiskan masa dibawah pokok ini.Saya tidak pernah melihat awak sebelum ini,sudah pasti awak orang baru.”
          “Oh,begitu rupanya!”aku membalas.
Begitulah serba sedikit detik-detik perkenalanku dengan Han.Dari pandangan kasar,aku mendapati Han anak orang berada.Hal ini dapat kulihat melalui perwatakan dan caranya berpakaian.Han kelihatan lebih kacak apabila tersenyum kerana dia memiliki sepasang lesung pipit.
          “Sungguh manis senyumannya!” terbit rasa cemburu dihatiku.
          Persahabatan kami bermula apabila mendapati bahawa kami belajar di universiti yang sama.Kami juga ditempatkan dalam kelas yang sama.Aku sendiri tidak faham akan sebab kami menjadi rapat sedangkan sifat kami berbeza bagai langit dan bumi.Aku seorang yang lincah dan periang sedangkan Han pemalu dan pendiam.Pesahabatan kami begitu intim persis sepasang kekasih.Dimana ada Han disitulah aku berada.Begitulah sebaliknya.
          Sepanjang perkenalan kami,aku mendapati Han sering kesepian.Hanya aku tempat dia  mengadu.Aku juga gembira kerana ada doktor sanggup merawatku sepanjang pengajianku di sini.Aku berterima kasih kepadanya kerana dengan sukarela beliau ingin merawatku.Janji temu yang telah diatur membawaku kepada Dr.Marina yang bermurah hati untuk menolongku.
          “Saya doktor Marina yang akan merawat kamu sepanjang pengajian kamu di sini.” suara lembut memperkenalkan dirinya.
          “Saya Nadia,terima kasih yang tidak terhingga kerana doktor sudi untuk merawat saya selama saya disini.”
          “Ini memang sudah menjadi tugas saya,”katanya lagi.
          Aku tersenyum tanda penghargaan kepadanya.
          Beberapa minggu berlalu hubungan aku dan Han menjadi amat rapat dan kami sering berkongsi cerita serta tunjuk ajar didalam kelas.Hari demi hari aku lalui dan detik pertemuan antara aku dan Han bagai isi dengan kuku dan Dr.Marina sentiasa memberiku semangat membuatkan aku ingin terus hidup buat selama-lamanya tetapi apakan daya aku hanya seorang insan.Adakah esok milikku?Aku masih kebinggungan.”Ah,aku malas memikirkannya!” bisik hatiku.Seperti biasa aku menyakat Han yang sedang mengelamun.
          “Hei,termenung lagi.Kenapa Han?cuba ceritakan pada Dya apa yang berlaku”
          “Dya...Han nak memberitahu sesuatu pada Dya”
          “Apa dia?Kalau Han rasa perkara itu penting,beritahu saja.Dya sentiasa ada untuk mendengar luahan Han.
          “Han menghidap penyakit buah pinggang dan terpaksa berulang-alik ke hospital seminggu sekali untuk mencuci darah.Jika ada yang sudi mendermakan buah pinggang kepada Han,Han tidak perlu untuk mencuci darah setiap minggu lagi.Han lemah setiap kali selepas mencuci darah,sampai bila Han kena menanggung derita ini?”
          “Han seorang yang kuat untuk menghadapi segala ujian.Han diuji kerana Allah tahu Han mampu untuk menerima ujiannya.Dya yakin tidak lama lagi akan nada yang mendermakan buah pinggangnya kepada Han dan Han boleh menjalankan hidup seperti biasa.” Aku cuba untuk memberinya semangat.
Han tersenyum manis.Aku turut gembira melihatnya.Pada hujung minggu berikutnya Han dan aku menghabiskan masa bersama.Awal pagi lagi kami sudah menjejakkan kaki ke Pantai Okoyama.Maklumlah disini merupakan tempat yang paling indah untuk melihat matahari terbit.Selepas menikmati keindahan ciptaan tuhan kami bersarapan di Old Town kerana kafe itu milik orang melayu yang berhijrah ke sini.Aku dan Han berbual mesra ketika bersarapan disitu.
“Dya tahu,Han selalu tinggal dirumah seorang diri di rumah?”Tanya Han kepada aku. “Han sepi...sunyi.Papa dan mama sering ke luar negara.Yang ada dirumah cuma orang gaji,pemandu papa dan kakak Han.”Aku mendengar keluhan Han.Aku turut bersimpati tetapi tidak dapat berbuat apa-apa.
          “kakak Han kerja apa?” Aku cuba mengalih tajuk perbualan. “Doktor” jawabnya sepatah.Perbualan kami terhenti tanpa bicara.Seolah-olah kematian kata.
          “Han mesti tabah menghadapi dugaan kerana segala yang berlaku adalah kehendakNya.Setiap yang berlaku ada hikmahnya.Lagipun Han masih ada Dya,betul tak?”
          Aku berharap nasihatku akan diterima oleh Han.Hanya itu yang mampu aku berikan kerana aku juga tidak dapat bertahan untuk hidup lama lagi.
Hari demi hari,detik demi detik aku masih dibelenggu persoalan “adakah esok milikku?”.Aku harus menjalani terapi untuk penyakitku ini.Sedang aku bersendirian,aku teringat akan hari jadi Han akan tiba beberapa hari sahaja lagi.Lantas,aku mencapai pen dan kad ucapan hari jadi untuk menulis sedikit penghargaan Han menjadi sahabatku.
          Han,
          Semasa Han membaca surat ini kita tidak akan dapat bersama lagi.Dya sudah menemui Allah,mungkin sedang disoal Mungkar dan Nakir.
          Terimalah hadiah daripada diri ini sebagai sahabat.Sebenarnya Dr.Marina telah menceritakan bahawa dia adalah kakak kepada Han dan Dya menyuruhnya untuk merahsiakan perkara ini daripada Han.Untuk pengetahuan Han,Dya menghidap penyakit kronik.Umur Dya tidak panjang,Dya juga merayu pada Han agar selalu mengingati saat-saat indah kita bersama.Senyum tawa Han sentiasa mengiringi Dya untuk kuat menghadapi apa yang telah ditakdirkan.Disini juga Dya sertakan potret kita bersama untuk Han simpan selagi Han mengingati Dya.
                                                                                                     Sayangi aku,
                                                                                                      ~Nadya~
          Pada 21 haribulan 11,kini tibalah hari yang ditunggu-tunggu oleh Han.Iaitu hari lahirnya.Aku seperti biasa sering menyakat Han.
          “Surprised!,”aku membawa kepingan kek yang tertera diatasnya “HAPPY 22th BIRTHDAY HAN.”
“Selamat hari jadi,Han,” ucapan tahniah kuhadiahkan kepada Han.
“Dya selalu buat Han macam ni,boleh sakit jantung Han lama-lama kalau Dya terus macam ni,”Han menjelaskan bahawa dia terkejut.
          “Eh,takkanlah tak ada hadiah!Tapi tak apalah,kesudian Dya menerima Han sebagai sahabat dan sebagai tempat Han meluahkan perasaan merupakan hadiah yang tidak ternilai bagi Han.”Aku tidak dapat berkata apa-apa dan terus memeluknya.
          “Marilah,Han belanja Dya makan untuk meraikan hari jadi Han.”Han mempelawaku.
          “Maaflah Han,Dya terpaksa ke hospital sebab ada hal.”
          Aku dapat menyesuaikan diri serba sedikit disini.Walaupun berada diperantauan,jauh dari mama dan papa syukurlah aku ada Han iaitu rakanku sejak aku menjejakkan kaki disini lagi.Aku juga mendapat tahu bahawa Dr.Marina adalah kakak kepada Han.Aku menyerahkan kad ucapan yang telah aku tulis kepada Dr.Marina serta memohon bahawa Dr.Marina akan menyerahkan kepada adiknya selepas aku menghembuskan nafas terakhir.
          “Dya!” Aku terkejut mendengar suara yang amat kukenali,Han.
          “Dia baru sahaja selesai menjalani pembedahan.”ujar Dr.Marina yang juga dikenali sebagai kakak Han.
          “Dya,apa yang berlaku sebenarnya?Dya......”Han mulai gelisah.
          “Han,peganglah tangan Dya dengan erat.Dya minta maaf,terimalah hadiah daripada Dya.Han tidak perlu berulang-alik mencuci darah setiap minggu lagi.Dya sayang Han dan Dya tidak mahu han menaggung derita selamanya.”Aku merasa nafas di dada sesak ketika berkata-kata.
          “Han,Dya nak tidur.Dya terasa mengantuk,Dya sa.........”Nada suaraku rendah antara dengar atau tidak.Aku seolah-olah sedang berkhayal dibuai mimpi sampai menutup mata.


sekian...

sedar x sedar pnjgnye cter aq...harap2 xtersingkir dr pnyertaan sbb pnjg cgt cter nie (=

3 comments:

 

Fairy Messanger Copyright © 2010 Design by Fairy Deeya Blogger Template Graphic from Mine